Thursday, 21 May 2015

Interview IPG

Assalamualaikum <3

Dah nak sebulan dari tarikh interview , baru nak post pengalaman haha. I'm so sorry. Quite busy lah guys! Okay i'm gonna share to all of you , if you found my blog haha sebab nak search pasal interview ipg ni la.


Aku interview on 30 April 2015. Masa ukcg haritu 30 March hihi. Comel sangat tarikh.  Actually ,  tak expect langsung dapat pergi interview ni. Yela masa ukcg taklarat lari waktu bleep test tu. Sampai level 2 je kot -_-
Tapi tu lah rezeki Allah tu kan luas? Kawan kawan sekolah aku yang dapat pergi ukcg majority takdapat for interview. Rezeki mereka di tempat lain. InshaAllah. So masa check interview tu , really shocked sebab dapat. So just move on. Dalam masa yang sama dapat tawaran form 6. Dilema juga. My family memang tak kasi untuk form 6.  Penat jugak bertekak , akhirnya pergi form 6 sementara tunggu upu and ipg ni.

Apa daa melalut sampai mana dah. Okay my interview experience takdela awesome mana. Cuma aku memang risau sangat sebab rumours cakap tanya isu semasa.
GST , Banjir , Falsafah pendidikan. Aku baca sikit sikit lah dekat website KPM haha! So sleepy kohkoh. So i decided takpayah baca , pergi je la interview tu. You know what , i cakap i tak prepare apa apa langsung. So hari khamis tu interview. Takcaya pergi cari dalam kalendar hiks.
Ipg dekat Bulit Chombee , Penang

Okay thats the picture huhu. I dapaat sesi 2. Group ke bapa tah alah lupa. Lepas tu ada sorg lecturer kot dia bagi la taklimat susun dokumen dalam file. Letak dokumen uolls dalam file ade plastik tu haha aku taktahu apa nama dia. So pukul 11 untuk group aku hihi. Lecturer tu cakap tunggu situ sampai orang panggil. Pffffttt , pukul 11 lebih group aku kena dengan lecturer lain. Kenapa taknaik atas for interview kahkahkah. Lulz mana nak tahu kene pergi sendiri.

Then , aku dah cuak time tu tangan jangan cakap ah sejuk sangat. Disebabkan naik lambat , kiteorang adalah group paling last. Hahahaha , aku kawan dengan budak 2 orang ni. Kos kaunseling jugaklah hihi.  Tetiba ada budak chinese 2 orang. Sorang laki sorang perempuan huhu. Masuklah kami berlima dalam bilik tu. Firstly lecturer ke i dont know dia suruh one by one datang nak check file kite. Dengan dokumen salinan tu dia minta. Dia akan bagi sticker so lekatkan lah pada tudung anda hihi. Fyi , aku duduk kerusi first , ngeri ~>_<~
So here , i will share the questions haha. Aku kan takprepare apa apa kahkah.

The Questions are 

1-  Dia tunjuk video. And i got video iklan petronas yang burung murai tu. Iklan time raya tu. Lama jugak video tu , aku tahan je air mata. Sedih babe. Usha kawan sebelah cool je haha. Soalan dia aku cuak gak. Satgi suruh terangkan nilai cemana ? But questionnya is Ceritakan balik apa yang kamu tengok dalam video hahahaha. Siapa nak jawab ayuh angkat tangan kehkeh.

2- And then , kamu sebagai kaunselor sekolah . Apakah cadangan kamu untuk merapatkan hubungan antara ayah dan anak. Aku pun teringatlah karangan spm dulu apa aktiviti yang boleh eratkan hubungan kekeluargaan haha. Semua boleh jawab time ni hihi

3- Ceritakan pengalaman kamu , atau dengan melihat jiran dan sanak saudara kamu dalam hubungan antara nak ayah dengan anak. Boleh positive dan negative. Perghh , adehh nal cerita apa ni. Mula lah reka cerita hahaha. Dan disebabkan aku cerita keluarga aku pergi bercuti bersama walaupu sekali setahun , hok interviewer tu buat soalan untuk soalan keempat huhu

4- Okay sekarang pilih ye tempat yang pernah kamu pergi . Ceritakan dengan bahasa ibunda kamu. Yang chinese cakap mandarin hahahaha.  Masa ni aku macam , sporting gila ahh interviewer ni. Bahasa baku terbang dah time ni. Kawan sebelah aku rock sangat bila bercerita haha. Ada sorang tu cerita gi langkawi. Ayat dia masa cerita ru cenni " kami beli coklat banyak sangat sampai takcukup duit ke bag tah " seriously aku sengih je tengok dia haha. Masa chinese 2 orang tu cakap , aku dengan 2 lagi yang melayu ni buat buat faham laju dohh dia cakap. And sempat lagi aku berangan . Harapnya aku terpilih ke Beijinh inshaAllah


Thats all guys. Hope enjoy reading hihi. Leave your comment below , inshaAllah i will reply and if you want thr asap reply please do email me. My email ada dekat sebelah kanan sana hihu. Thanks. 

Lots of love ,

Cikhanamo


Wednesday, 22 April 2015

UKCG IPG



Salam Alaiyykk! Haaa nampak tak surat tawaran IPG tu hiks. Orite orite harini nak cerita pengalaman pergi ukcg. Mesti ada yang what is UKCG? UKCG stands for ujian kelayakan calon guru. Dalam ujian ni , ada ujian bertulis. Dont worry objektif sahaja. Dan ada ujian kecergasan. Takde pun pumping haha.

Tulis ni sebenarnya nak tolong adik adik for next year. Sorry sebab tulis lewat. Apedehal? Korang bukan nak baca this year pun hehe. Dulu hakak pun cari pasal ujian kebenda ni. Tapi kurang sangat info dekat google ni. So , here i come to help you. Apa la akak ni bebel banyak sangat.

Ok first of all , sebelum tahun 2014. Takde pun ukcg ni. Only interview. Starting form 2014 and the next diwujudkan ukcg. Mungkin nak cikgu cikgu cergas dari segi fizikal dan mental. Memang nasib aku betul. Tahun aku nak hadap apa apa je , sistem baru. Ipg , jpj , soalan kbat spm aku hahaha.

Aku dapat offer ukcg ni dekat IPG Kampus Guru Pulau Pinang. 2 hari sebelum ujian ni aku survey tempat. Kang sesat pagi buta taksampai pulak nak ambik ujian. Nahh belanja sikit satu gambo hehe!



Cantikkan! Puji cepat hihi. Masa ukcg lepas subuh dah gerak. Pakai tshirt hitam lengan panjang , seluar track and kasut sukan. Ah sports attire senang cakap. Ikut arahan dalam offer letter. Jangan lupa air mineral satu tong , pensil pemadam. Semangat woi lepas subuh pegi hihi. Tanya pak guard kat mana buat ujian. Aku dah terbayang kene ujian kecergasan dekat padang dengan panas matahari. Burn lah kulit iolls. Sampai je , tengok nama dekat board. Dia bahagi 2 dewan. Sebabnya ujian bertulis duduk dalam dewan. Bukan padang bola tau. Imagine duduk atas rumput kohkohkoh. I pun jalan la naik atas cari dewan. Ada number sekali. Lepas dah sign kehadiran. Tunggu lebih kurang 15 minit. Bagitau ujian pukul 8 -_-
Pastu masuklah dewan , number tadi ingat ye sebab dekat meja ada number. Ok duduk diam diam atas kerusi tu. Ujian bertulis ada dua bahagian
 A dan B. For bahagian A ada 135 soalan. B pulak 60 soalan. Masa menjawab soalan 45 minit. Seram tak? Adela tu cakap taksempat la kalau cenntu nak jawab. Soalan senang aje. Macam soalan psikologi tu. Soalan bahasa melayu full. Bahagian B pun soalan psikologi jugak. Jawab kene laju laju. Lebih kurang 5 saat satu soalan. Baca jawab terus.

Ujian kecergasan 

Lepas jawab je ujian bertulis , lecturers sana akan bagi la taklimat. Divide by group. Kang serbu ramai ramai mana boleh. Ikan sardin pulak jadinya haha. Ujian kecergasan ada 5 benda kena buat. Ujian ni buat dalam bilik. Semua Test. Ada aircond lagi uolls. Sejuk giler. Dalam satu group maybe campur lelaki perempuan. Dengar cerita kelantan asingkan. Macam tempat aku campur. Dont worry lelaki buat dulu. Habis buat kene tunggu luar hahaha. Pastu perempuan pulak. Lecturer faham jangan risau ok. Lecturer takde perempuan masa aku hahahaa. So lecturer lelaki. Tebalkan je muka warghh.

The five things are ;

- Sit up
- Kilas sisi
- Lompat Kuadran
- Check Bmi
- Bleep test

1. Kebiasaannya , Check BMI dulu. Bebudak group first selalu pergi check dulu. Ada checkpoints kene pergi mana dulu. Hah? Check BMI tu apa? check berat dengan tinggi. Ada markah ye setiap checkpoints.

2. Lepas tu Sit up. It's no tekan tubi. Angkat tubi lah hahaha. Alhamdulillah boleh buat semua wuhuuu! Sebabkan lupa apa kena buat aku ambik dari blogger laventhorns ni hihi. Mekasih ya. Fasa 1 : Bangkit tubi separa tapi tapak tangan kena sentuh lutut. 
Fasa 2 : Bangkit tubi yang siku dia kena sentuh lutut. 
Fasa 3 : Masa baring tu, kedua dua tangan disilangkan kat atas perut. Tangan kanan pegang siku tangan kiri and tangan kiri pegang siku tangan kanan. Vice versa. Lepas tu buat bangkit tubi.
Fasa 4 : Lepas baring balik, jangan ubah cara letak tangan dalam fasa 3. Keep it static. Lepas tu, angkat tangan yang disilangkan tu ke atas kepala. Buat bangkit tubi.
Fasa 5 : Tangan kanan sentuh scapula bone belakang badan belah kiri dan tangan kiri sentuh scapula bone belakang badan belah kanan. Lebih kurang bersilang jugak. Buat bangkit tubi.

3. Lompat kuadran pulak kene lompat ah! Ahahaa , ada segi empat dekat lantai. Dia guna selotep wayar tu. Besar jugak. Dekat tengah ada dia letak selotep jugak bentuk
(+). Lepas tu kene lompat. Ade number dekat kotak tu. Belah kiri bawah 1. Atas kiri number dua. Sebelah dia 3 dan bawah tu 4. Ehh faham x? Sorry takde gambar. Kang curi marah pulak. So you kene lompat dalam masa 20 saat. 10 saat buat. Berhenti rehat sekejap je. Buat for next 10 seconds.

4. Kilas sisi ni seronok weh. Hahaa , dia akan kira berapa kali kita buat dalam masa 1 minit. Masa aku masuk kan , aku bajet student perempuan yang jaga. Malangnya lelaki yang jaga waaa malu. Ah tak kisah. Aku bukan kenal dia pun. Kita kene tunduk pastikan jari kene dekat lantai. Pastu bangun letak tangan dekat kad manila yang tertampal dekat dinding kiri dan kanan. Joget la korang hahaha. You kene buat cenni. Tunduk , kanan. Tunduk kiri pulak. In 1 minute okay? Markah perempuan ?/40.
Lelaki ?/50 mungkin. Ah lupa lama dah huhu.

5. Bleep test ni memang payah sangat. Stamina kene kuat. Macam aku ni lepas spm takde lari lari jogging semua. Sampai sana cungap haha. Before pergi ada yang kata masa bleep test ni ada yang pengsan. Ahh nipu kot masa aku semua cergas. Haha.
You kene lari 20 meter ulang alik ikut music. Ada banyak level. Level 1 , kene lari 7 kali. Level 2 , 8 kali. Every level makin naik makin naik. So kira 20 meter × 7 kali. Tu pon kene kejar music bukannya main lari 7 kali. Kene sampai garisan sebelum music beep. Bunyi je beep kira permulaan larian. Level 1 je dah 7 kali. Faham ke x? Cenni la kiranya level 1 ada 1.1 , 1.2 , 1.3 sampai la 7. Dan for next level. Faham eh takfaham nanti pergi test faham ler. Hiks.

Panjanglah bebel kali ni. Balik ujian rasa nak pengsan. Jalan dah macam nenek nenek terketar ketar haha. Serius sakit kaki. Apa pun , Goodluck! InshaAllah berjaya. Nak bagitahu ni , ukcg kite passed! I'm going for interview pulak 30 April ni. Haaa tempat yang sama hehe. Doakan aku berjaya ke Beijing. Aceecee nanti kite update pulak pasal interview. Seram ah!  Nak tanya pape komen ah sikit hehe. Byeeeeee

Lots of love
Cikhanamo <3







Saturday, 18 April 2015

Test JPJ

Salam Alaiykk!

Aduh dua hari dah berlalu baru nak post hehe. I'm really really sorry. Semalam tulis panjang panjang tetiba takboleh publish :3

Pagi test tu Mak hantar pergi kedai pakcik agent bebel.com . Instinct aku entah aku sorang apa test jpj harini. Exactly no! Eh ada budak lain. Dia budak mashoor perempuan lah. Cerita lebat dengan dia macam setahun kenal. Sampai je INSTITUT MEMANDU PINANG , eh yeke? Ala sorry aku tak usha sangat kebenda nama tempat ni. Masuk je pagar tempat tu , MashaAllah jantung nak terkeluar weh!

Walking slowly pergi board. Tengok nama. Aku sesi 2. Number 2. Erkk lama doh , sesi 1- seventy orang. Habis dyeorang baru turn aku. Ngehh! Takpelah demi lesen P , sanggup waiting outside the lines. Dah nak tengahari masa tu. Uncle cina called us. It's our turn lah test jalan raya. Kawan aku number satu. Dia lah jenjalan dulu hehe. Dia balik dah habis test. Okay it's turn aku. Jalan ah bawak borang masuk hulur dekat pegawai jpj. Seram ya Allah.

Sampai jalan raya , suddenly ada kereta nak keluar simpang. I dont know kenapa aku slow down kereta. Kira bagi chance lah kereta tu nak keluar. Kesian dia haha. Padahal taktahu should stop or tak. Then jpj said to me "Kenapa awak berhenti dik? Kalau kereta dari belakang bantai awak macam mana. Kalau kesian , awak baik hati sekalipun jalan dulu."

Hahha , ok teruskan bawak. Masa dah nak sampai institut balik , he said " kalau saya bagi awak fail saya takrugi apa apa pun."
Diam jugek aku , takcakap apa pun. Takot sangat kalau fail. Sampai je dia suruh sign. Aku taktengok pun result.

Lepas ni kene buat RPK. Check enjin ohh taksuka. Masa QTI haritu kene buat. Tapi ciksenah taktahu tempat bukak. Lastly takbuat pun.Orite jpj yang ni tak kasi tengok keputusan. Dia pun dah letih kot dah petang. Rasa semua lulus. But sebenarnya kene buat betul betul. Habis je pergi tunggu test dalam litar pulak.
While i'm waiting , terdengar budak cina cakap " i dah buat sampai habis S. Pergi ambil result , i failed! Dekat RPK. Adoilah seram pulak. Aku memang buat memain gila. Nyesal tiada guna haha.

Dah dekat pukul 4. Bosan tunggu dengan panasnya. Pastu sampai lah turn aku. Kawan aku dah duduk dalam kereta. Then comes my car. Acehh kereta viva. Aku tanya boleh naik ke tak? Abang jpj suruh naik! Apa lagi lepaskan clutch slow slow tekan minyak. Risau jugak karang terlebih or terkurang dari line kuning. Then aku pun babai la dyeorang. Yeaaaa passed bukit!

After this tiga penjuru. Dalam banyak banyak hari aku belajar , semalam kelas last baru reti.On my way buat parking. Aku tengok takde kereta belakang aku. Maknanya kawan aku failed kat bukit. Hafal step parking pastu terus aku buat. Takde tengok elok duduk dalam kotak or tak kereta viva tu. Main angkat tangan babai jpj haha. Teruks en aku? Pedulik hapeee , jpj suruh keluar.
Alamak oi , Z is quite hard tahu! Kene pusing lelaju.
Selekoh Z memang bawah pondok jpj je. Ramai jugak fail kat sini. Only one left. Selekoh S. Orang cakap senang. Ye memang. Tapi sehari sebelum test tayar kereta aku naik atas tembok. Hahahaha tayar belakang. Sebabnya aku dok berangan sensorang. Pemandu gila. Aku focused masa kat sini. Sebab dah nak habis. Teruja sangat karang fail S malu keturunan haha.

Naik pondok jpj ambik result. Entah lulus ke kandas. Pegawai jpj cakap aku masuk 3 pointers senget. Alamak nampak ke hihi. Haishh psycho aku.Tengah tunggu dia nak tick. Lulus atau kandas. Dann keputusannya , PASSED! Ya Allah lega gila. Jalan raya dengan litar dua dua passed! Syukur sangat haha boleh drive ah lepas ni.pPagi tadi mak pegi bayar duit lesen P. Pakcik bebel.com cakap kat mak , taksangka aku passed.  Thanks ajar marah aku. Pandai dah bawak kereta. Thats all ceghita ciksenah. Byeeee uolls! Dah la nak pergi bawak kereta jenjalan hiks.