Wednesday, 22 April 2015

UKCG IPG



Salam Alaiyykk! Haaa nampak tak surat tawaran IPG tu hiks. Orite orite harini nak cerita pengalaman pergi ukcg. Mesti ada yang what is UKCG? UKCG stands for ujian kelayakan calon guru. Dalam ujian ni , ada ujian bertulis. Dont worry objektif sahaja. Dan ada ujian kecergasan. Takde pun pumping haha.

Tulis ni sebenarnya nak tolong adik adik for next year. Sorry sebab tulis lewat. Apedehal? Korang bukan nak baca this year pun hehe. Dulu hakak pun cari pasal ujian kebenda ni. Tapi kurang sangat info dekat google ni. So , here i come to help you. Apa la akak ni bebel banyak sangat.

Ok first of all , sebelum tahun 2014. Takde pun ukcg ni. Only interview. Starting form 2014 and the next diwujudkan ukcg. Mungkin nak cikgu cikgu cergas dari segi fizikal dan mental. Memang nasib aku betul. Tahun aku nak hadap apa apa je , sistem baru. Ipg , jpj , soalan kbat spm aku hahaha.

Aku dapat offer ukcg ni dekat IPG Kampus Guru Pulau Pinang. 2 hari sebelum ujian ni aku survey tempat. Kang sesat pagi buta taksampai pulak nak ambik ujian. Nahh belanja sikit satu gambo hehe!



Cantikkan! Puji cepat hihi. Masa ukcg lepas subuh dah gerak. Pakai tshirt hitam lengan panjang , seluar track and kasut sukan. Ah sports attire senang cakap. Ikut arahan dalam offer letter. Jangan lupa air mineral satu tong , pensil pemadam. Semangat woi lepas subuh pegi hihi. Tanya pak guard kat mana buat ujian. Aku dah terbayang kene ujian kecergasan dekat padang dengan panas matahari. Burn lah kulit iolls. Sampai je , tengok nama dekat board. Dia bahagi 2 dewan. Sebabnya ujian bertulis duduk dalam dewan. Bukan padang bola tau. Imagine duduk atas rumput kohkohkoh. I pun jalan la naik atas cari dewan. Ada number sekali. Lepas dah sign kehadiran. Tunggu lebih kurang 15 minit. Bagitau ujian pukul 8 -_-
Pastu masuklah dewan , number tadi ingat ye sebab dekat meja ada number. Ok duduk diam diam atas kerusi tu. Ujian bertulis ada dua bahagian
 A dan B. For bahagian A ada 135 soalan. B pulak 60 soalan. Masa menjawab soalan 45 minit. Seram tak? Adela tu cakap taksempat la kalau cenntu nak jawab. Soalan senang aje. Macam soalan psikologi tu. Soalan bahasa melayu full. Bahagian B pun soalan psikologi jugak. Jawab kene laju laju. Lebih kurang 5 saat satu soalan. Baca jawab terus.

Ujian kecergasan 

Lepas jawab je ujian bertulis , lecturers sana akan bagi la taklimat. Divide by group. Kang serbu ramai ramai mana boleh. Ikan sardin pulak jadinya haha. Ujian kecergasan ada 5 benda kena buat. Ujian ni buat dalam bilik. Semua Test. Ada aircond lagi uolls. Sejuk giler. Dalam satu group maybe campur lelaki perempuan. Dengar cerita kelantan asingkan. Macam tempat aku campur. Dont worry lelaki buat dulu. Habis buat kene tunggu luar hahaha. Pastu perempuan pulak. Lecturer faham jangan risau ok. Lecturer takde perempuan masa aku hahahaa. So lecturer lelaki. Tebalkan je muka warghh.

The five things are ;

- Sit up
- Kilas sisi
- Lompat Kuadran
- Check Bmi
- Bleep test

1. Kebiasaannya , Check BMI dulu. Bebudak group first selalu pergi check dulu. Ada checkpoints kene pergi mana dulu. Hah? Check BMI tu apa? check berat dengan tinggi. Ada markah ye setiap checkpoints.

2. Lepas tu Sit up. It's no tekan tubi. Angkat tubi lah hahaha. Alhamdulillah boleh buat semua wuhuuu! Sebabkan lupa apa kena buat aku ambik dari blogger laventhorns ni hihi. Mekasih ya. Fasa 1 : Bangkit tubi separa tapi tapak tangan kena sentuh lutut. 
Fasa 2 : Bangkit tubi yang siku dia kena sentuh lutut. 
Fasa 3 : Masa baring tu, kedua dua tangan disilangkan kat atas perut. Tangan kanan pegang siku tangan kiri and tangan kiri pegang siku tangan kanan. Vice versa. Lepas tu buat bangkit tubi.
Fasa 4 : Lepas baring balik, jangan ubah cara letak tangan dalam fasa 3. Keep it static. Lepas tu, angkat tangan yang disilangkan tu ke atas kepala. Buat bangkit tubi.
Fasa 5 : Tangan kanan sentuh scapula bone belakang badan belah kiri dan tangan kiri sentuh scapula bone belakang badan belah kanan. Lebih kurang bersilang jugak. Buat bangkit tubi.

3. Lompat kuadran pulak kene lompat ah! Ahahaa , ada segi empat dekat lantai. Dia guna selotep wayar tu. Besar jugak. Dekat tengah ada dia letak selotep jugak bentuk
(+). Lepas tu kene lompat. Ade number dekat kotak tu. Belah kiri bawah 1. Atas kiri number dua. Sebelah dia 3 dan bawah tu 4. Ehh faham x? Sorry takde gambar. Kang curi marah pulak. So you kene lompat dalam masa 20 saat. 10 saat buat. Berhenti rehat sekejap je. Buat for next 10 seconds.

4. Kilas sisi ni seronok weh. Hahaa , dia akan kira berapa kali kita buat dalam masa 1 minit. Masa aku masuk kan , aku bajet student perempuan yang jaga. Malangnya lelaki yang jaga waaa malu. Ah tak kisah. Aku bukan kenal dia pun. Kita kene tunduk pastikan jari kene dekat lantai. Pastu bangun letak tangan dekat kad manila yang tertampal dekat dinding kiri dan kanan. Joget la korang hahaha. You kene buat cenni. Tunduk , kanan. Tunduk kiri pulak. In 1 minute okay? Markah perempuan ?/40.
Lelaki ?/50 mungkin. Ah lupa lama dah huhu.

5. Bleep test ni memang payah sangat. Stamina kene kuat. Macam aku ni lepas spm takde lari lari jogging semua. Sampai sana cungap haha. Before pergi ada yang kata masa bleep test ni ada yang pengsan. Ahh nipu kot masa aku semua cergas. Haha.
You kene lari 20 meter ulang alik ikut music. Ada banyak level. Level 1 , kene lari 7 kali. Level 2 , 8 kali. Every level makin naik makin naik. So kira 20 meter × 7 kali. Tu pon kene kejar music bukannya main lari 7 kali. Kene sampai garisan sebelum music beep. Bunyi je beep kira permulaan larian. Level 1 je dah 7 kali. Faham ke x? Cenni la kiranya level 1 ada 1.1 , 1.2 , 1.3 sampai la 7. Dan for next level. Faham eh takfaham nanti pergi test faham ler. Hiks.

Panjanglah bebel kali ni. Balik ujian rasa nak pengsan. Jalan dah macam nenek nenek terketar ketar haha. Serius sakit kaki. Apa pun , Goodluck! InshaAllah berjaya. Nak bagitahu ni , ukcg kite passed! I'm going for interview pulak 30 April ni. Haaa tempat yang sama hehe. Doakan aku berjaya ke Beijing. Aceecee nanti kite update pulak pasal interview. Seram ah!  Nak tanya pape komen ah sikit hehe. Byeeeeee

Lots of love
Cikhanamo <3







No comments:

Post a Comment